Kali ni, admin nak share cara-cara mudah buat duit dengan bitcoin. Sebelum tu, jom kita tengok apa itu bitcoin.

 

 

Secara ringkasnya, Bitcoin ni matawang emas digital yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara, syarikat, atau individu. Berbeza dengan duit kertas, Bitcoin tidak boleh dicetak tetapi hanya boleh dilombong. Macam lombong emas, tetapi Bitcoin ni kita tak lombong secara fizikal, tetapi digital.

 

Kebaikan menggunakan Bitcoin pulak.

  1. Tidak perlu melakukan transaksi melalui bank
  2. Pemindahan wang dengan orang dari negara lain dapat dilakukan dengan pantas
  3. Tiada maklumat peribadi perlu didedahkan kepada penjual

 

Bitcoin ni dulu harganya tersangatlah rendah. Tetapi sekarang dah mencecah ribuan ringgit untuk 1 Bitcoin. Setiap tahun, harganya mesti meningkat. Jadi, kita kenalah rebut peluang simpan Bitcoin ni dan jadikan sebagai pelaburan yang lumayan.

 

Step kumpul dan laburkan Bitcoin secara percuma:

 

1. Sebelum kumpul bitcoin, pastikan buka wallet untuk simpan Bitcoin, Dogecoin dan Litecoin di block.io. Wallet ni untuk kegunaan general.

 

2. Daftar dan kumpul bitcoin secara percuma dengan mengunjungi Faucet dibawah:

 

P/s: Jangan lupa cari referral. Dengan referral, 0.5btc setiap bulan, setiap minggu adalah tidak mustahil. Dan ini merupakan income pasif. Jadi, kalau nak income besar dengan bitcoin, kena cari referral.

 

FreeBitcoin

 

 

Dekat freebitcoin ni, boleh collect bitcoin percuma setiap sejam. Dan setiap kali kita kumpul, akan dapat reward points.

 

 

Reward points yang terkumpul boleh ditukarkan kepada bitcoin atau hadiah di bawah. Tapi admin galakkan tukar kepada BTC Bonus yang 1000% untuk dapatkan lagi banyak Bitcoin.

 

Yang electronics tak digalakkan sebab nanti kena tanggung sendiri stamp duty dan kos postage. Kalau nak dapat banyak reward points, claim bitcoin pada hari minggu.

 

 

 

 

Kalau korang register di freebitcoin guna page ni, admin akan bagi bitcoin percuma dekat korang setiap minggu mengikut jumlah kutipan Bitcoin mingguan.

 

 

Yang paling best, korang boleh dapat 4.08% interest per year (sehari dalam 0.011%) dengan hanya mengekalkan 0.003 btc dalam akaun freebitco.in. So, kepada sesiapa yang nak pasif, ni platform sesuai.

 

And rakan2 yang cari referral, setiap hari akan dapat 25% comission daripada amaun interest referral. Double pasif.

 

Feature terbaru website ni lagi satu ialah korang boleh mine bitcoin guna laptop/smartphone/apa-apa peranti korang. Just buka website dan run mining. Menarik kan? Jadi jom register. Untuk register, klik sini.

 

MoonBitcoin

 

 

Ini faucet favourite admin. Sebab apa? Korang boleh kumpul setiap 5 minit atau ikut masa korang suka. Amaun Bitcoin ni akan jadi makin banyak kalau makin lama tak kumpul.

 

Berbeza dengan faucet lain, amaun Bitcoin yang korang boleh claim tak berubah. Dan yang paling best, amaun yang korang boleh claim tu boleh digandakan sehingga 300% setiap kali claim.

 

Syarat dia mudah. Setiap hari kena claim sekurang-kurangnya sekali. Amaun akan digandakan 1%  setiap sehari kita claim dengan berturut-turut. Maksima boleh digandakan sehingga 100%.

 

Kemudian, kalau ajak kawan claim Bitcoin dekat sini, kita akan dapat 1% gandaan dari jumlah Bitcoin yang kita claim sekiranya kawan kita aktif @ claim Bitcoin tersebut dalam tempoh 3 hari sebelum. Maksimum gandaan sehingga 100%.

 

Dan setiap kali kita claim, kita akan dapat bonus misteri iaitu gandaan Bitcoin daripada 1%-100%. Jadi total gandaan maksimum claim yang kita boleh dapat ialah 300%.

 

Dan untuk bab referral tadi, kita akan dapat 50% commission seumur hidup daripada jumlah yang referral kita claim.

 

MoonBitcoin ada 4 websites serupa tetapi untuk claim wang digital yang berlainan iaitu MoonLitecoinMoonDogecoin, MoonBCH dan MoonDashcoin.  Boleh daftar pada keempat-empat website dan claim. Klik Banner di bawah untuk register.

 

 

 

 

http://moonbitcoin.cash/coin/468x60.gif

 

 

Sebelum terlupa, daftar jugak di https://coinpot.co. Sebab korang boleh claim coin2 korang dekat sini on the spot. Dan yang paling best, korang boleh tukar coin2 korang kepada coin2 lain secara percuma. Contoh nak tukar bitcoin kepada dashcoin. Percuma sahaja.

 

3. Laburkan bitcoin yang korang dapat menggunakan platform-platform di bawah untuk gandakan bitcoin korang dengan lebih banyak:

 

 

Bitbond – Modal minima Usd 2

 

Mula melabur sekarang.

 

Untuk join, klik sini. Untuk info lanjut, klik sini.

 

4. Alternatif lain? Jika anda penjual produk digital atau website programmer, daftar di Bitify dan terima komisyen jualan melalui Bitcoin dan Litecoin. Daftar dengan klik di sini.

 

Dah kumpul banyak bitcoin? Atau cryptocoin yang lain? Jom check page di sini untuk lihat di mana bitcoin boleh digunakan.

Hai semua. Post kali ni nak share tentang cara-cara nak buat duit melalui survey dengan percuma. Tanpa modal. Tak perlu keluar duit sesen pun. Jadi try lah. Tak rugi mencuba. Dengan cara ni, boleh dapat RM 100-1000 sebulan jika ada rezeki dan rajin.

 

Cara nak buat duit dengan survey ni senang je. Isi maklumat kita dengan betul, dan bila ada survey, kita jawab la. Panjang survey 5-30minit. Biasanya lagi lama masa diambil untuk kita jawab lagi banyak kita dapat. Selesai jawab survey, kita akan diberi points. Points tu boleh tebus duit, vouchers dll. Tapi pastikan buka akaun paypal ye kalau nak redeem duit. Sila klik di sini untuk tengok tutorial buka akaun paypal.

 

Soalan tak susah pun. Semua berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, pakai kereta apa, nak beli kereta apa, seronok tak tengok iklan MacDonald dll.

 

Senang memang senang. Tapi pastikan jika dah daftar, update profile bagi lengkap. Lepat tu, sepanjang jawab survey jangan menipu ye. Sebab kadang2 ada soalan trik. Kalau tipu, tak akan dapat point. Lepas tu, ikut terma dan syarat. Kalau survey benarkan orang lain jawabkan, baru boleh. Okay.

 

Antara portal jawab survey yang korang boleh join:

 

1. Viewfruit

 

 

Ni favourite survey portal admin. Jawab soalan selalunya singkat. Nak redeem duit cepat sebab senang dapat point. Ni jumlah point dan nilai duit yang boleh kita tebus. Nilai USD ok.

 

 

Untuk register, klik sini.

 

 

2. iPanelOnline

 

 

Untuk survey ni, boleh redeem duit tapi nilai dah siap tulis dalam Ringgit Malaysia.

 

 

Untuk register, klik sini.

 

 

3. AIP Online Survey

 

Survey ni pulak tak boleh redeem duit. Boleh redeem vouchers dan topup je. Alamat rumah waktu isi form tu bagi betul. Sebab nanti dia akan pos vouchers tu kat rumah kita.

 

 

Untuk register, klik sini.

 

 

4. Clixsense

 

 

Lagi satu tempat nak buat survey ialah ClixSense. Clixsense ni website GPT (Get Paid to). Bermakna website ni bayar apa yang kita buat. Tengok iklan, download apps, jawab survey, dll, semua dibayar. Peluang nak buat duit lagi banyak kat sini. Tapi memang kalau nak dapat duit banyak dan withdraw cepat, jawab survey dan download apps adalah antara kerja yang lumayan ClixSense ni bayar.

 

 

Nampak tak menu bar yang atas sekali tu. Dekat situ, kita pilih view ads kalau nak tengok iklan, surveys kalau nak jawab survey, Offers kalau nak download apps atau buat segala offers lain yang available, Tasks kalau nak siapkan tugasan yang disediakan dan Clixgrid untuk cabutan bertuah. Payout minima ialah $10.

 

P/s: Update info, sila daftar transferwise untuk payout di clixsense. Paypal dan payza dah tak boleh guna untuk withdraw.

 

Untuk register, klik sini.

 

 

5. Toluna Malaysia

 

Survey portal yang menarik. Macam survey2 dekat atas, tapi sangat unik. Ada tempat untuk pungutan suara. Dan feature yang akan datang, boleh uji produk. Seronok tau. Mata ganjaran boleh ditukar dengan duit paypal, baucar aeon, baucer giant dan lain2.

 

Click sini untuk register.

 

Ada banyak lagi portal survey yang lain. Tapi yang admin list ni, ni yang admin percaya dan pernah payout tanpa masalah. Kalau berminat nak jawab survey lebih banyak, boleh search tapi pastikan legit ok.

 

Sekiranya ada pertanyaan @ cadangan, sila post di forum atau contact admin melalui admin@ebuatduit.online

Tutorial kali ni akan tunjukkan cara-cara untuk buka akaun paypal.

 

Pertama sekali, mesti semua orang tertanya-tanya apa tu paypal? Paypal ialah medium antarabangsa yang digunakan untuk hantar dan terima duit dengan selamat. Lebih selamat daripada kad debit dan kad kredit sebab info kita sebagai pembeli tidak akan didedahkan kepada penjual. Dengan akaun paypal, kita boleh shopping online dengan orang tempatan dan luar negara. Kita boleh jugak terima komisyen daripada kerja-kerja online yang kita buat daripada orang luar negara. Nak buka akaun paypal ni percuma je.

 

Perkara yang paling penting sebelum membuka akaun paypal ni ialah kita kene ada akaun bank. Sebab kalau kita buat kerja online dan dapat komisyen, nak keluarkan duit tu kene lah ada akaun bank. Kad debit hanya perlu jika kita nak topup duit dalam akaun paypal dan beli belah. Kad debit tu kad yang selalu kita guna nak keluar duit kat atm dan bayar barang dekat kedai.

 

Langkah-langkah membuka akaun paypal: 

 

1. Klik https://www.paypal.com/ dan klik butang sign up.

 

 

 

 

2. Klik get started dekat pilihan buy with paypal. Yang ni yang basic. Boleh terima bayaran dan membeli belah. Jika nak berbisnes dan terima bayaran dengan paypal, baru klik pilihan lagi satu tu.

 

 

3. Isi segala maklumat yang diperlukan dan klik continue. Akaun paypal anda dah siap. Kalau dia suruh verify akaun bank dan  kad debit, semua tu boleh buat kemudian. Boleh skip atau isi.

 

 

4. Kalau tadi dah ter skip untuk isi maklumat akaun bank dan  debit card,  dekat menu bar atas sekali tu boleh tekan wallet. Untuk isi maklumat akaun bank, boleh klik link a bank account. Untuk isi maklumat kad debit atau kad kredit, boleh klik link a card.

 

 

5.  Kalau kita klik bahagian link a bank account, borang ni akan keluar. Isi dengan teliti. Jangan tersalah. Dekat bahagian MEPS bank routing code tu, klik details dan masukkan kod bank yang tertera. Setiap bank lain kodnya.

 

 

6. Kalau kita klik link a card, borang ni yang akan keluar. Isi dan klik link card. Untuk memastikan kad ni memang betul kad kita, pihak paypal akan potong RM10 daripada kad dan bagi kod khas untuk kita masukkan semasa verifikasi kad. Jangan risau, RM10 tu takkan hilang dan lesap macam tu je. RM10 tu akan dimasukkan kembali dalam akaun paypal kita.

 

Untuk verifikasi tu, lain bank lain caranya. Ada bank hantar kod melalui sms, ada yang melalui e-mel dan ada juga yang kena call. Kalau maybank, boleh buka maybank2u, pergi ke debit history dan cari kod tersebut. Kalau RHB bank pulak, boleh cuba buka emel atau call je bank tu untuk kodnye. Kalau bank lain tak pernah try. Kod dia bagi selalunya macam ni SALE PP-XXXX (mungkin akan berubah sikit waktu korang daftar). Masukkan kod digit 4 terakhir tu je dekat ruang verifikasi. Yang abjad tu abaikan.

 

P/s: Kalau waktu nak link card tu dia kata “The bank that issued your card didn’t approve the transaction” atau yang seangkatan dengannya tu, mungkin kad korang tu korang tak approve lagi untuk online international transaction. Jadi apa yang perlu korang buat ialah call bank dan minta dia buka online transaction korang. Lepas tu baru cuba balik. Kalau tak tau, tanya je kenapa saya tak boleh nak link kad saya dengan paypal. Lepas tu nanti pandai la orang bank tu tolong.

 

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di forum atau contact admin melalui email: admin@ebuatduit.online