tt ads

Tutorial kali ni akan tunjukkan cara-cara untuk buka akaun paypal.

 

Pertama sekali, mesti semua orang tertanya-tanya apa tu paypal? Paypal ialah medium antarabangsa yang digunakan untuk hantar dan terima duit dengan selamat. Lebih selamat daripada kad debit dan kad kredit sebab info kita sebagai pembeli tidak akan didedahkan kepada penjual. Dengan akaun paypal, kita boleh shopping online dengan orang tempatan dan luar negara. Kita boleh jugak terima komisyen daripada kerja-kerja online yang kita buat daripada orang luar negara. Nak buka akaun paypal ni percuma je.

 

Perkara yang paling penting sebelum membuka akaun paypal ni ialah kita kene ada akaun bank. Sebab kalau kita buat kerja online dan dapat komisyen, nak keluarkan duit tu kene lah ada akaun bank. Kad debit hanya perlu jika kita nak topup duit dalam akaun paypal dan beli belah. Kad debit tu kad yang selalu kita guna nak keluar duit kat atm dan bayar barang dekat kedai.

 

Langkah-langkah membuka akaun paypal: 

 

1. Klik https://www.paypal.com/ dan klik butang sign up.

 

 

 

 

2. Klik get started dekat pilihan buy with paypal. Yang ni yang basic. Boleh terima bayaran dan membeli belah. Jika nak berbisnes dan terima bayaran dengan paypal, baru klik pilihan lagi satu tu.

 

 

3. Isi segala maklumat yang diperlukan dan klik continue. Akaun paypal anda dah siap. Kalau dia suruh verify akaun bank dan  kad debit, semua tu boleh buat kemudian. Boleh skip atau isi.

 

 

4. Kalau tadi dah ter skip untuk isi maklumat akaun bank dan  debit card,  dekat menu bar atas sekali tu boleh tekan wallet. Untuk isi maklumat akaun bank, boleh klik link a bank account. Untuk isi maklumat kad debit atau kad kredit, boleh klik link a card.

 

 

5.  Kalau kita klik bahagian link a bank account, borang ni akan keluar. Isi dengan teliti. Jangan tersalah. Dekat bahagian MEPS bank routing code tu, klik details dan masukkan kod bank yang tertera. Setiap bank lain kodnya.

 

 

6. Kalau kita klik link a card, borang ni yang akan keluar. Isi dan klik link card. Untuk memastikan kad ni memang betul kad kita, pihak paypal akan potong RM10 daripada kad dan bagi kod khas untuk kita masukkan semasa verifikasi kad. Jangan risau, RM10 tu takkan hilang dan lesap macam tu je. RM10 tu akan dimasukkan kembali dalam akaun paypal kita.

 

Untuk verifikasi tu, lain bank lain caranya. Ada bank hantar kod melalui sms, ada yang melalui e-mel dan ada juga yang kena call. Kalau maybank, boleh buka maybank2u, pergi ke debit history dan cari kod tersebut. Kalau RHB bank pulak, boleh cuba buka emel atau call je bank tu untuk kodnye. Kalau bank lain tak pernah try. Kod dia bagi selalunya macam ni SALE PP-XXXX (mungkin akan berubah sikit waktu korang daftar). Masukkan kod digit 4 terakhir tu je dekat ruang verifikasi. Yang abjad tu abaikan.

 

P/s: Kalau waktu nak link card tu dia kata “The bank that issued your card didn’t approve the transaction” atau yang seangkatan dengannya tu, mungkin kad korang tu korang tak approve lagi untuk online international transaction. Jadi apa yang perlu korang buat ialah call bank dan minta dia buka online transaction korang. Lepas tu baru cuba balik. Kalau tak tau, tanya je kenapa saya tak boleh nak link kad saya dengan paypal. Lepas tu nanti pandai la orang bank tu tolong.

 

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan di forum atau contact admin melalui email: admin@ebuatduit.online

tt ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>