
Hi, kali ini admin nak tunjuk macam mana cara nak dapatkan followers dan likes bagi Instagram atau Facebook.
Ada 3 cara yang admin nak tunjuk:
1: Android application: 4liker
4liker ni android apps untuk tambah followers dan likes photo di Instagram. Boleh jugak guna untuk tambah followers dan likes di facebook. Download sahaja apps di link ini. Selepas download, login menggunakan akaun facebook. Kemudian, baru pilih nak tambah followers ke likes ke.
Kelebihan:
– Result dapat dengan sangat pantas
Keburukan:
– Kena bagi password instagram dekat apps tersebut. Auto-following akan berlaku.
2. Addmefast
Untuk addmefast, bukan boleh guna untuk tambah followers dan likes dekat instagram dan facebook sahaja. Korang boleh jugak dapat followers, retweet dekat twitter, views dekat youtube dan macam2 lagi social media yang lain.
Korang perlu kumpul points dahulu, baru boleh gunakan points tersebut untuk dapatkan followers dan sebagainya. Macam mana nak kumpul points? Korang perlu lakukan task seperti follow orang di instagram dan yang berkaitan. Untuk tujuan ni, boleh je korang create second account yang korang tak guna untuk purpose ni.
Klik link di sini dan register sekarang.
Kelebihan:
– Tak perlu bagi password social media korang
– boleh pilih targeted followers
Keburukan:
– Result yang sangat lambat jika pilih Malaysia sebagai target
3. Follow dan unfollow – Instagram
Yang ni cara manual. Mudah je. Korang follow beberapa artis dekat instagram. Kemudian, dalam sejam dua, unfollow dan follow back. Buat sekerap yang boleh. Tapi jangan lah kerap sangat nanti akaun kene block. Okay.
Kelebihan:
– Tak perlu bagi password social media korang
– Dapat followers orang Malaysia
Keburukan:
– Result yang sangat lambat
– Timing kene tepat baru banyak yang follow
P/s: Pilih lah cara mana yang korang suka. Nak guna ketiga-tiga pun boleh. Nak guna dua pun boleh. Nak cuba satu je pun boleh. Harap korang berani mencuba dan sabar selalu.